Wednesday, February 18, 2015

Cara pasang Timer Dan Khidmat Pemasanggan


PEMASANGAN TIMER (SMK2 LA5)

Salam Semua..




Timer yang saya gunakan adalah berjenama HAGER EH711, 240v, 50Hz dan boleh mengawal masa selama 24jam.

Cara Memasang dan Litar Pendawaian





Litar pada bahagian luar timer




Kaki sambungan pada bahagian dalam timer

1. Pada bahagian luar timer tersebut, tertera 5 kaki sambungan untuk timer (manual disediakan dalam kotak bila dibeli). Kegunaan kaki sambungan timer adalah seperti berikut.
- Kaki 1 & Kaki 2 - untuk sambungan ke main timer (salah satu wayar hidup dan satu lagi wayar neutral)

- Kaki 3 - Sambungan sedia tutup ke beban ( normally close ), kaki 3 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan hidup.

- Kaki 4 - Kaki sambungan utama untuk memberi kuasa kepada beban. Biasanya kaki 4 ini akan disambung dengan wayar hidup dari sambungan utama (sama ada kaki 1 atau kaki 2 yang disambungkan dengan wayar hidup)

- Kaki 5 - Sambungan sedia buka ke beban (normally open), kaki 5 ini di sambungkan ke beban untuk keadaan asal beban akan mati.




Contoh sambungan dari manual yg diberikan

Setelah sambungan dibuat, anda perlulah melaraskan jam pada timer pada waktu yang tepat mengikut jam yang berjalan, kena berhati-hati kerana timer ini adalah 24 jam.



Diatas adalah cara untuk anda melaraskan timer anda ke jam yang betul. Gambara dibawah pula menunjukan jam tersebut dilaras pada pukul 10 pagi (lihat penunjuk segitiga dibawah)




Untuk setkan timer tersebut anda perlulah menarik bilah-bilah kecil plastik kebawah (seperti gambar diatas). Sekeping bilah tersebut bernilai 10 minit. Gambar diatas saya telah setkan timer tersebut dan akan berfungsi pada pukul 8.00 pagi seterusnya timer akan mati pada pukul 10.20 pagi.(14 bilah kebawah)





Tombol kecil bulat seperti gambar diatas pula fungsinya adalah untuk mengubah keadaan beban (sama ada hidup atau pun mati) secara manual. Contohnya, saya setkan beban tadi akan mati dari pukul 8.00 pagi hingga 10.20 pagi, jika saya mahu hidupkan beban tadi secara manual, saya akan pusingkan tombol tadi dari kedudukan 0 ke kedudukan 1.





Contoh timer yang dipasang didalam kotak agihan



Litar (cara penyambungan) 

No comments:

Post a Comment